Wednesday 1 March 2017

PENGENALAN

Assalamualaikum...
Apa khabar...
Salam perkenalan...
Hai...

InsyaAllah semoga dapat pahala bila kita berniat nak kongsi ilmu dan pengetahuan tentang perkara yang kita tahu. Dalam hal ini...kongsi ilmu renovasi dan dekorasi rumah.

Saya hanya orang biasa.
Saya bukanlah mahir/master/otai dalam hal renovasi dan dekorasi rumah tetapi sudah ada pengalaman pahit-manis, 'love-hate' dengan rumah pertama saya 6 tahun dulu.  Sekarang 2017 saya baru sahaja mendapat kunci rumah baru yang saya dan wife saya beli di Sungai Petani. Pengalaman dengan rumah pertama dahulu akan dibawa ke rumah kedua ini...

Saya fikir saya seorang DIY.
Saya akan buat banyak DIY dalam renovasi dan dekorasi rumah baru saya. Banyak perkara kita boleh DIY...lampu, langsir, pasang kipas, mentol, piping...benda kecik-kecik ni banyak yang mudah dan rasa tak berbaloi bagi orang tukang atau kontrakor buat. Jenis yang cekik darah...aduh siap la duit!

Saya pemerhati dan pemikir.
Dengan kewujudan internet, kita boleh mencari maklumat tapi kadang-kadang pening juga sebab maklumat banyak tapi otak bekerja keras nak menapis mana yang penting dan tidak. Oleh itu saya fikir blog saya harus santai, sempoi tapi maklumat padat, mencapai tujuan dan bersasaran.

Ok dah...tak mau melalut banyak. Biar isi ada..jangan hampas je banyak!

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

No comments:

Post a Comment