Wednesday 1 March 2017

PANDUAN MEMILIH KIPAS SILING

Melainkan anda 'super rich', duit berkepuk dan tak ada masalah bayar bil TNB ratusan atau ribuan ringgit bagi penggunaan aircond 24 jam di segenap penjuru rumah...go ahead hihihi! Tapi bagi anda yang sama seperti saya yang masih perlukan kipas siling sebagai alternatif kaedah penyejukkan rumah...jom kita kongsi pengetahuan.
Anda boleh memilih kipas meja atau 'aircond air' sebagai alatan yang dapat menyejukan ruang rumah, tapi sekarang saya memfokus kepada kipas siling sebagai panduan.

Jenama
KDK dan PANASONIC...bagi saya jenama kipas siling terulung pada pendapat saya. Kedua-dua jenama ni dah lama dikenali dengan kualiti motornya. Pernah dengar perkakas elektrik KDK selain dari kipas? Tak kan! Kira KDK lebih memfokus kepada peralatan kipas (kipas siling, exhaust fan) dan even KDK produce motor untuk PANASONIC. Oh...dari Wikipedia.com disebut KDK ni anak syarikat PANASONIC CORP...kira adik bradik lah KDK dan PANASONIC.

Saya tak kata jenama lain tak bagus. Ada jenama lain seperti DEKA, ELMARK, ALPHA, RUBINE yang tak kurang hebatnya. Tapi jenama ini lebih memfokus kepada kecantikkan dan seni. Nak kipas siling yang ada lampu, kipas ala-ala 'english syle' dan kipas yang artistik boleh pilih jenama ni. Contohnya jenama DEKA ni banyak betul rekaan menarik, tapi saya tak berani nak rekemen sebab saya sendiri tak pernah guna DEKA. Pengalaman saya dengan kipas jenama ELMARK...kipas cantik dengan lampu pendant 4 biji, tapi sayangnya bila masuk tahun ke-2 angin kipas makin slow...kipas cuma 3 speed tapi dah set hi speed pun alahai...angin sepoi-sepoi bayu lah!


DEKA vs KDK. kredit pic dari http://nurazizahyahaya.blogspot.my

Memilih brand tak pening sangat. Sebab next topic..saya akan kongsi info tentang memilih 3, 4 atau 5 bilah kipas. Ini lebih menjurus kepada teknikal dan sains!

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

No comments:

Post a Comment