Thursday 2 March 2017

DRILL - POWER TOOLS WAJIB DI RUMAH

Antara 'power tool' yang WAJIB ada untuk renovasi, dekorasi dan DIY...tak kira untuk dalam atau luar rumah. Kita list tengok apa guna drill sebagai peralatan WAJIB kita ada...:
1. Nak pasang rail langsir
2. Gantung frame gambar
3. Pasang penyangkut toilet paper
4. Install hood kat dapur
5. Pasang bracket TV
6. Pasang wall lamp ataupun lampu siling
7. Pasang cermin muka di toilet
ehhh...banyak lagi la nak list. Tak larat taip satu-satu lah. So memang kerja ni perlukan drill
sebab nak tebuk konkrit/kayu/tiles buat lubang, pasang wall plug ataupun ketatkan skru. Malas nak putar skru pakai screw driver pun drill boleh tolong.

Mulanya memang blur gak nak pilih mana satu drill yang ada di pasaran. Banyak pilihan dari jenama, kuasa (watt) atau harga. Macam biasa kita selidik dalam internet, serta banyak bertanya dengan yang dah biasa menggunakannya dapat membantu memilih yang mana sesuai dan berbaloi dengan ringgit yang dikeluarkan.

imej dari cartoonstock.com

Fungsi
Kena kenalpasti dan bezakan drill biasa dengan hammer drill. Alatan yang sama tapi sedikit berbeza fungsi...malah harga dan spesifikasi juga berbeza.

Drill biasa: Boleh drill lubang pada besi, kayu atau tiles dan skru nut.

Hammer drill: Boleh buat seperti drill biasa, tambah boleh drill konkrit simen dinding lantai rumah.

Saya memilih hammer drill sebagai power tool pilihan saya sebab banyak kerja menebuk dinding konkrit perlu dilakukan.

Kuasa
Saya bersetuju pernyataan 'lagi tinggi watt, lagi berkuasa'. Tetapi untuk kegunaan biasa di rumah, 350 watt sudah mencukupi untuk kerja dan kegunaan biasa bagi drill biasa dan 400 watt bagi kegunaan hammer drill.

Hammer drill saya...450 watt.

Jenama
Bosch, Makita, Black & Decker, DeWalts adalah antara jenama famous...confirm la harga >RM100. Tapi kalau ada terjumpa jenama 'cap ayam Made In China' yang di dalam lingkungan harga RM50 - RM100 di Jusco, Tesco atau Giant seperti brand OSJI...agak-agak berbaloi tak yer?

Kekerapan Penggunaan
Berkait dengan tahap kerja atau workload. Fikirkan berapa kali anda perlu menggunakan mesin ini dalam sebulan? Tiap-tiap hari? Seminggu sekali? Atau boleh dikira dengan jari dalam tempoh sebulan? Saya hanya menggunakannya dengan kerap dalam tempoh sebulan dua sewaktu baru berpindah rumah, atau bila ada projek kayu (itupun 4-5 bulan sekali) dan selepas itu jarang digunakan dan banyak terperap di dalam kabinet. Mungkin 'cap ayam' pun layak menjadi pilihan kerana kekerapan penggunaan yang rendah. Pakai mahal-mahal bukan saya buat duit pun (jadi kontraktor atau handyman).


Kalau anda nampak saya guna ini, seriously  saya involve dalam kerja pertukangan la...kredit imej google.com

Sooooooooo...jangan terkejut saya antara pengguna 'cap ayam' nie! Sudah 4 tahun saya pakai drill ini tanpa masalah besar, cuma sekali dua la fius spoit kat kepala plug (Impact drill Bosch kat kilang saya lagi kerap berlaku fius putus). Dengan harga RM65, boleh dikatakan drill 'cap ayam' ini mampu untuk membuat tugasan normal seperti membuat lubang skru di dinding konkrit/kayu/asbestos/tiles bila nak pasang railing langsir, gantung frame gambar, untuk pasang lampu di siling dan dinding, toilet roll dispenser di toilet, lubang di kayu pergola dan macam-macam lagi yang anda mampu lakukan sendiri di rumah.

Setakat drilling lubang skru pasang langsir atau gambar saiz skru tu takde besar sangat..dalam 5-8mm jer, kerja yang mudah. Kalau drilling nak pasang wall plug kitchen hood pulak? Dalam 10mm jer dan masih lagi mudah untuk 'cap ayam'. Tidak banyak masalah...dengan syarat...perlulah mata drill yang sesuai, ada teknik dan tahu had keupayaan. Drill bit ada banyak jenis, mata kayu, mata batu, mata tiles, mata plastik...mata batu pun ada pecahan lagi, A-taper, slow spiral, fast spiral, rim bit...ahh...banyak la pecahan-pecahannya. 

Nanti saya kongsi info tentang drill bit...

Saya belum cuba lagi 'cap ayam' ni untuk drill lubang besar-besar kat dinding sebab tidak ada keperluan lagi untuk membuat lubang besar di dinding, kat kayu pergola tidak ada masalah. Jadi itulah faktor saya memilih hammer drill 'cap ayam'.
Itu 4 tahun punya cerita. Sekarang saya dalam proses membeli drill baru. Saya memilih untuk menggunakan BOSCH sebab saya fikir saya perlukan drill yang berkualiti dan lasak untuk kerja-kerja renovasi, dekorasi dan DIY bukan untuk 1 rumah...tapi BANYAK rumah...disebabkan makcik pakcik saudara saya atau wife sudah menganggap saya sebagai 'handyman' untuk kerja-kerja repair yang kecil-kecil, tapi memerlukan drill untuk menyiapkan kerja. Saya anggap saya perlukan drill yang dapat bertahan lama dan lasak.

Planning nak ambil BOSCH GSB 10 RE...Harga aje masih mencari yang lowest boleh didapati. Saya baru survey di Lazada dan Tesco hihihi!

Bosch GSB 10 RE survey di Tesco.

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

No comments:

Post a Comment