Wednesday 1 March 2017

PANDUAN MEMILIH KIPAS SILING - PART 2

3, 4 atau 5 bilah kipas...yang mana bagus? Hatta pernah jumpa 1 bilah pun ada, even 8 bilah pun wujud tau! Tapi kipas yang 8 bilah dan ke atas ni wujud di tempat komersil atau tempat ibadat la.

Dari pembacaan didapati angin lebih terasa jika menggunakan kipas 3 bilah. Mengapa? Ada pelbagai pendapat seperti berikut:

berapa bilah mau? 10 boleh?
credit imej salam-monash.blogspot.com

1. motor kipas tidak perlu bekerja keras untuk memusing 3 bilah berbanding 4 atau 5.
2. ruangan antara bilah memberi impak atau kesan untuk 'memotong' angin supaya lebih laju angin dialirkan (3 bilah potong angin lebih laju dari 4 atau 5 bilah)

Pendapat di atas adalah dari segi teori dan pengalaman. Kalau nak diikutkan dari segi saintifik sebenarnya banyak faktor lain yang mempengaruhi kekuatan kesan angin kipas ni.

Ciri-ciri bilah
Size dan bilangan bilah memang berpengaruh. Kita ingat lagi besar bilah (panjang atau lebar) atau lagi banyak bilah, lagi banyak angin dihasilkan kan! Tapi...lagi banyak bilah menyebabkan lebih tinggi daya geseran dengan molekul udara. Daya geseran ini memperlahankan pergerakan dan mengurangkan aliran angin. Kalau nak lajukan aliran angin ni...semestinya motor yang lebih berkuasa diperlukan. Tapi kesannya adalah motor yang lebih berkuasa mungkin lebih tinggi watt dan lebih bising.

Selain itu, darjah kecondongan bilah juga penting. Terdapat julat darjah kecondongan ideal yang memberi kesan maksimum pengaliran udara kipas. Kurang atau lebih dari julat kecondongan tersebut maka kurang efisyen aliran angin atau menyebabkan kesan daya geseran yang lebih tinggi. Analoginya macam ni lah lebih kurang: kesan kecondongan dayung sampan di air... Kalau permukaan dayung sama darjah dengan air, tak bergerak laa sampan tuh. Kalau permukaan dayung 90 darjah dengan permukaan air, boleh bergerak tapi penat gila pendayung! Jadi..pendayung 'menyegetkan' dayung dalam julat darjah tertentu...sampan boleh bergerak laju, pendayung pun tak penat!

Saya tunjuk dayung, bukan nak tunjuk perempuan ni ya!
Kredit imej google.com

CFM, Watt dan Effisyensi
Ha...apa itu CFM? CFM adalah singkatan untuk Cubic Feet per Minute (isipadu kaki per minit). CFM mewakili kadar aliran angin per kaki padu. Standard CFM ni dalam lingkungan 4000 ke 5500 CFM.

## Lebih tinggi CFM, lebih terasa angin..lebih terasa sejuk laa##

Watt pulak! ni direct kepada kuasa motor kipas.

Yang terakhir, Effisyensi adalah merujuk kepada nilai CFM per Watt. Lagi tinggi CFM per Watt...lagi effisyen la kipas tu bekerja sebab aliran angin yang kuat dihasilkan atau dijanakan oleh kuasa motor yang rendah. Bila kuasa motor rendah (Watt rendah) tapi aliran angin kuat...tak banyak la duit kena bayar untul bil TNB...kan kan!

Saya tunjuk satu jadual CFM, Watt dan effisyensi kipas 3, 4 dan 5 bilah dari 1 jenama yang sama (KDK).

Masalah yang timbul bila melibatkan pengiraan matematik nih...tak semua pengeluar mempamerkan nilai CFM. KDK dan PANASONIC ada pamerkan CFM untuk kita semak...jenama lain hrmmm nak tak nak aje pamerkan. Ada pun jenama yang tak pamerkan nilai CFM ni lazimnya lebih memfokus kepada seni dan artistik kipas (kecantikan) berbanding fungsi kipas sebagai penyejuk ruang rumah.

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

1 comment: