Thursday 9 March 2017

LAMPU PERCUMA!

Balik kampung hari ini, sambil saya duduk diam di bangku belakang dapur makcik wife saya tanya saya tentang lampu dinding lamanya.

"Boleh guna lagi tak lampu ni". Ujar makcik tu.
"Mai bagi saya check tengok". Jawab saya.

Makcik saya pun masuk ke dalam semula. 2 minit selepas tu dia bawa keluar 1 beg kertas dengan kandungan berisi lampu dinding. Belek punya belek gelas kacanya masih OK, cuma kotor debu dan kesan cat terpalit sedikit dan boleh dicuci dengan air. Besi sedikit berkarat...hanya perlu spray semula bagi berkilat balik.


"Cari mentol saiz lampu tu...tak jumpa!". Makcik  tu mengeluh.

Saya berasa hairan. Lantas saya periksa tapak mentol lampu itu.

"Saiz ni ada..bukan yang besaq biasa...ni yang jenis kecik-kecik saiz 14 kot nih" Saya belasah jawab bila saya kenalpasti saiz mentol yang diperlukan bukan saiz E27...mungkin saiz E14 atau E11 screw type.
"Cari la tengok...nak...ambil la pasang kat rumah baru". Dia menjawab.

Saya hanya mengangguk tersenyum. Shukran!! Benda free yang boleh dipakai lagi. Saya pasang balik kaca lampu tu dan tunjukkan kepadanya bentuk asal lampu itu.

Mentol saya boleh cari di kedai. Hanya bawa base lamp ke kedai dan uji saiz mentol jika tidak yakin. Walau gayanya 'old skol' tapi saya mula berkira-kira bagaimana untuk membentuk lampu ini menjadi elok semula.

Bukan sekarang ni la...tapi lain masa nanti!

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

Saturday 4 March 2017

TUKAR DOOR LOCK

Semalam saya ke Bertam jalan-jalan dan alang-alang di kedai hardware tu, saya beli 2 set 'mortice door lock' nak ganti door lock rumah sewa yang dah rosak. Harga dalam RM15/set. Ni yang paling murah di kedai tu...ada lagi set yang lebih berkualiti dan semestinya harga lebih tinggi lah!

Moritce door lock yang murah punya!

Hari ni ada kesempatan masa nak tukar door lock nih. Pintu memang dah sedia ada lubang di kayu...so dah skip satu part yang kompleks! Sebab memang saya tak ada tools nak buat lubang, alur dan groove di pintu..tengok pun macam leceh lah!

Cylinder lock type...normally banyak rumah baru pakai jenis ni. Rumah sewa saya 'ol skol' type hehehe. Imej dari Google


Kalau setakat nak ganti lock pintu ni, saya rasa mortice lock type ni lagi senang dari cylinder lock type dari segi penggantian pemasangan. Saya rasa 5 step sahaja diperlukan untuk install semula mortice lock berbanding lebih dari 8 step diperlukan untuk install cylinder lock. In case nak install door lock untuk pintu baru yang belum lagi ada korek lubang...haaaa...memang cylinder lock type pula yang paling senang!


Door lock part. Imej dari Google

5 step yang saya kata...
1. Cabut dan tanggalkan semua unit mortice lock dari pintu
2. Mulakan dengan masukkan unit 'lock body'
3. Slot masuk key ke spindle hole, adjust bagi sama jarak antara bahagian pintu dalam dan luar.
4. Pasang handle unit/lever di dua-dua belah pintu..dengan memastikan key masuk ke spindle hole di lever unit dengan betul.
5. Pasang skru, ketatkan semua!

Saya tak tukar strike plate sebab takde rosak apa. Kalau nak tukar..jadi 6 step la hihihi!

Siap...test anak kunci dan projek hari ini selesai!


#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

JALAN-JALAN KE BERTAM

Hari ni hari Sabtu, sekali sekala bawa keluarga keluar dari rumah dan kita bawa jalan-jalan. Tak kira bawa lah keluarga anda jalan-jalan melancong, berpiknik tepi pantai atau sungai, ronda-ronda shopping complex, menonton wayang atau bawa tempat makan best. Hari ini saya bawa keluarga saya ke Bertam, nak tengok satu kedai menarik di sana yang saya dapat cari dalam internet.
Kedai yang dimaksudkan adalah kedai hardware 'semua di bawah satu bumbung'...anda boleh jumpa...

Rupa kedai nya


tiles, jubin, pintu kayu, pintu bi-fold, cermin, mangkuk jamban, pipe, bidet, hood dan hob, faucet, water heater, regular hardware item (hammer, skru, playar bla-bla), cat, electrical items (MCB, RCCB, trunking, wayar pelbagai saiz, kunci pintu yang bermacam-macam, power tools (drill, hammer drill, blower, water jet, grinder, heat gun), mentol lampu, downlight uplight pendant chandelier, blind, kipas siling kipas meja, wallpaper, pasir, bumbung genting asbestos metal deck, tangga...


Ahhhhhh...panjang berjela and macam-macam lagi item yang dijual di kedai nih. Hebat!! Saya teruja bila melangkah masuk ke kadai ini kerana tak banyak kedai berkonsep sebegini (semua keperluan rumah di bawah satu bumbung). Kalau ya pun ada, biasa yang banyak kita jumpa kedai tiles jual sekali dengan barangan toilet. Ni kedai hardware jual juga lampu dan peralatan elektrik.

Nama kedai,  Megahome Depot. Lokasi di Pongsu Seribu, Bertam. Gunakan Google Map App dan masukkan carian Megahome Depot...atau taip search Google...memang ada tunjuk lokasi kedai ni di maps atau Google. Dibuka setiap hari kecuali Ahad..Ahad cuti yer.

Pintu ada, kunci ada...eh..macam-macam lah

Mengujakan...kedai berkonsep sebegini memberi ruang untuk wife dan anak-anak mengetahui lebih jelas rupa, bentuk dan fungsi sesuatu hardware. Diaorang (dan kita juga) boleh pegang, belek-belek, hafal harga periksa spec tengok. Maklumlah kadang-kadang hal beli hardware rumah ni biasa customer order depan tauke, tauke masuk dalam dan ambil bawa tunjuk. Kadang-kadang kita pun tak tahu apa nama sebetulnya sesuatu hardware yang jenis jarang-jarang kita beli...berpeluh nak terangkan kat tauke apa bentuk dan fungsi sebab tau tau nama bendaalah tuh! Lagi satu apa sebab wife pub nak ambil tahu...sebab biasanya si suami atau lelaki most of time yang ambil tahu. Beli di kedai, sampai rumah terus pasang, wife pun tak sempat tau macam mana punya bentuk asal. Tunjuk kat wife 'ni la rupa MCB yang ganti terbakor itu hari!'. Wife tengok kita terkebil-kebil...sah tahu apa la tuu!


Usya harga lampu..korang nampak tak?

Nak banding bab harga...macam biasalah ada benda yang mahal ada item yang relatifnya murah. Saya berpendapat lampu, sinki, hood and hob agak sedikit mahal. Yang lain-lain ditawarkan pada harga biasa dan masih berpatutan. Ada item yang saya cari tak jumpa di hardware lain...contohnya tombol pintu yg agak rare...saya terus beli nak ganti tombol tu sebab yang lama dah rosak. Harganya RM15...kat Pasar Karat pun jual RM20 tau!

Wife pun dah plan apa nak beli bila tengok barang hardware ni. Dia dah berkira-kira nak beli padlock St. Gucchi sebab dia kata lasak dan bermutu. Then saya pulak dah plan in next visit saya nak beli bracket lampu gantung untuk projek DIY. Murah dan dah jenuh cari di merata kedai tapi tak jumpa.


#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

Friday 3 March 2017

NAK BELI TANGGA ATAU TIDAK EK?

Kalau malas..pakai aje meja dan kerusi buat bagi cara nak capai tempat tinggi..kan? Tak pun buat tangga guna kayu beroti aje...jimat banyak duit tuh! Lagi best..tebalkan muka pinjam tangga jiran, itupun kalau jiran ada tangga lah!

Bak satu tangga weh! Korang memanjang bagi rosak!
Kredit imej google.com / WWE

Tapi saya bukan malas, dan saya tak pernah lagi beli tangga untuk kegunaan sendiri. Ketiga-tiga cara untuk mencapai tempat yang tinggi di dalam rumah dah pernah saya gunakan...kecuali saya jenis tak tebal muka, saya buat muka selamba aje hihi!

Bila ada rumah baru, saya memang dah nekad nak beli tangga lipat aluminum 6 step. Tangga 6 step aluminum sesuai kerana murah, ringan, mudah disimpan dan memenuhi jangkauan tempat setinggi 10 kaki atau 3.1 meter. Yang menyerabutkan kepala saya sekarang adalah keperluan untuk membeli tangga 11 step...memandangkan siling ruang tamu yang tinggi melebihi 13 kaki dan keperluan untuk memanjat sekali sekala bumbung untuk pemeriksaan kobocoran. Tapi...mungkin keperluan nak panjat tengok bumbung ni saya boleh bina tangga kayu aje. Masalah nya tangga sebegini berat dan sukar disimpan.

Nak pilih tangga berapa step ni pun kritikal juga! Tangga ada dari serendah 3 step sampai la lebih 18 step. Di bawah saya permudahkan kajian dengan saya sediakan 1 jadual ketinggian tangga dan jangkauan maksimum setiap step tangga.




Sebab tu saya dah kira-kira saya perlukan tangga dengan 6 step sebab sudah mencapai ketinggian maksimum 10 kaki untuk kerja pemasangan lampu, mentol dan kipas. Juga tak lupa kerja-kerja maintenance seperti cuci habuk kipas siling, tukar mentol terbakar atau tukar langsir tiap-tiap kali raya haha! Kalau pasang rail dan langsir...rendah la sedikit tapi lebih dari memadai untuk tangga 6 step berfungsi.

Harus diingat..kalau tangga terlalu rendah, anda mungkin lenguh kepala nak mendongak dan lenguh tangan nak menjangkau ke atas. Tinggi sangat tangga...takut-takut tangga tak muat masuk ke dalam rumah. Gunakan jadual seperti di atas untuk rujukan mudah anda.

Saya masih berkira-kira untuk membeli tangga 11 step atau tidak..nanti saya bagitau!

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

KUNCI METER AIR

Kunci meter air ni sebenarnya saya dah beli seminggu lepas. Dok melilau dalam kedai hardware Hwat Hwat Enterprise (kedai dekat Taman Ria Jaya / Tunku Hamimah, sederet dengan UOB Bank). Melilau seorang diri dalam kedai sebab sales girl/man tak cukup dan layan customer lain. Ha...nampak aje kunci meter air ni terus angkat. Harga RM8.90 tapi time bayar RM8.00 aje.

Gambar kedai hardware kegemaran saya. Imej dari Maps apps

2 hari lepas baru ada kesempatan nak pasang kunci ni. Oh jangan lupa beli padlock sekali. Meter air memang dah siap terpasang lebih 1 bulan dah. Last week datang tengok rumah and test semua pili air, memang air dah running masuk dah. Cuna belum habis check tangki dan piping untuk claim defect hihihi!
kunci meter air dengan padlocknya sekali

Ok...sebenarnya tak tahu lah samaada satu keperluan atau tidak untuk memasang kunci meter air atau tidak. Sebabnya saya selama ni tak pernah lagi guna kunci meter ni dan area di mana saya tinggal dahulu tak wujud kes curi meter air serta jiran-jiran pun tak pasang kunci ni juga.
Tempat baru, tempat yang belum ada penghuni lagi...jadi saya rasa tak rugi saya beli dan pasang di rumah baru saya. Mencegah itu lebih baik dari mengubat...tak mahu laa sudah terhantuk baru mengadah. Lagipun murah aje kot...kan kan!

Siap pasang dah!

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

Thursday 2 March 2017

DRILL - POWER TOOLS WAJIB DI RUMAH

Antara 'power tool' yang WAJIB ada untuk renovasi, dekorasi dan DIY...tak kira untuk dalam atau luar rumah. Kita list tengok apa guna drill sebagai peralatan WAJIB kita ada...:
1. Nak pasang rail langsir
2. Gantung frame gambar
3. Pasang penyangkut toilet paper
4. Install hood kat dapur
5. Pasang bracket TV
6. Pasang wall lamp ataupun lampu siling
7. Pasang cermin muka di toilet
ehhh...banyak lagi la nak list. Tak larat taip satu-satu lah. So memang kerja ni perlukan drill
sebab nak tebuk konkrit/kayu/tiles buat lubang, pasang wall plug ataupun ketatkan skru. Malas nak putar skru pakai screw driver pun drill boleh tolong.

Mulanya memang blur gak nak pilih mana satu drill yang ada di pasaran. Banyak pilihan dari jenama, kuasa (watt) atau harga. Macam biasa kita selidik dalam internet, serta banyak bertanya dengan yang dah biasa menggunakannya dapat membantu memilih yang mana sesuai dan berbaloi dengan ringgit yang dikeluarkan.

imej dari cartoonstock.com

Fungsi
Kena kenalpasti dan bezakan drill biasa dengan hammer drill. Alatan yang sama tapi sedikit berbeza fungsi...malah harga dan spesifikasi juga berbeza.

Drill biasa: Boleh drill lubang pada besi, kayu atau tiles dan skru nut.

Hammer drill: Boleh buat seperti drill biasa, tambah boleh drill konkrit simen dinding lantai rumah.

Saya memilih hammer drill sebagai power tool pilihan saya sebab banyak kerja menebuk dinding konkrit perlu dilakukan.

Kuasa
Saya bersetuju pernyataan 'lagi tinggi watt, lagi berkuasa'. Tetapi untuk kegunaan biasa di rumah, 350 watt sudah mencukupi untuk kerja dan kegunaan biasa bagi drill biasa dan 400 watt bagi kegunaan hammer drill.

Hammer drill saya...450 watt.

Jenama
Bosch, Makita, Black & Decker, DeWalts adalah antara jenama famous...confirm la harga >RM100. Tapi kalau ada terjumpa jenama 'cap ayam Made In China' yang di dalam lingkungan harga RM50 - RM100 di Jusco, Tesco atau Giant seperti brand OSJI...agak-agak berbaloi tak yer?

Kekerapan Penggunaan
Berkait dengan tahap kerja atau workload. Fikirkan berapa kali anda perlu menggunakan mesin ini dalam sebulan? Tiap-tiap hari? Seminggu sekali? Atau boleh dikira dengan jari dalam tempoh sebulan? Saya hanya menggunakannya dengan kerap dalam tempoh sebulan dua sewaktu baru berpindah rumah, atau bila ada projek kayu (itupun 4-5 bulan sekali) dan selepas itu jarang digunakan dan banyak terperap di dalam kabinet. Mungkin 'cap ayam' pun layak menjadi pilihan kerana kekerapan penggunaan yang rendah. Pakai mahal-mahal bukan saya buat duit pun (jadi kontraktor atau handyman).


Kalau anda nampak saya guna ini, seriously  saya involve dalam kerja pertukangan la...kredit imej google.com

Sooooooooo...jangan terkejut saya antara pengguna 'cap ayam' nie! Sudah 4 tahun saya pakai drill ini tanpa masalah besar, cuma sekali dua la fius spoit kat kepala plug (Impact drill Bosch kat kilang saya lagi kerap berlaku fius putus). Dengan harga RM65, boleh dikatakan drill 'cap ayam' ini mampu untuk membuat tugasan normal seperti membuat lubang skru di dinding konkrit/kayu/asbestos/tiles bila nak pasang railing langsir, gantung frame gambar, untuk pasang lampu di siling dan dinding, toilet roll dispenser di toilet, lubang di kayu pergola dan macam-macam lagi yang anda mampu lakukan sendiri di rumah.

Setakat drilling lubang skru pasang langsir atau gambar saiz skru tu takde besar sangat..dalam 5-8mm jer, kerja yang mudah. Kalau drilling nak pasang wall plug kitchen hood pulak? Dalam 10mm jer dan masih lagi mudah untuk 'cap ayam'. Tidak banyak masalah...dengan syarat...perlulah mata drill yang sesuai, ada teknik dan tahu had keupayaan. Drill bit ada banyak jenis, mata kayu, mata batu, mata tiles, mata plastik...mata batu pun ada pecahan lagi, A-taper, slow spiral, fast spiral, rim bit...ahh...banyak la pecahan-pecahannya. 

Nanti saya kongsi info tentang drill bit...

Saya belum cuba lagi 'cap ayam' ni untuk drill lubang besar-besar kat dinding sebab tidak ada keperluan lagi untuk membuat lubang besar di dinding, kat kayu pergola tidak ada masalah. Jadi itulah faktor saya memilih hammer drill 'cap ayam'.
Itu 4 tahun punya cerita. Sekarang saya dalam proses membeli drill baru. Saya memilih untuk menggunakan BOSCH sebab saya fikir saya perlukan drill yang berkualiti dan lasak untuk kerja-kerja renovasi, dekorasi dan DIY bukan untuk 1 rumah...tapi BANYAK rumah...disebabkan makcik pakcik saudara saya atau wife sudah menganggap saya sebagai 'handyman' untuk kerja-kerja repair yang kecil-kecil, tapi memerlukan drill untuk menyiapkan kerja. Saya anggap saya perlukan drill yang dapat bertahan lama dan lasak.

Planning nak ambil BOSCH GSB 10 RE...Harga aje masih mencari yang lowest boleh didapati. Saya baru survey di Lazada dan Tesco hihihi!

Bosch GSB 10 RE survey di Tesco.

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K

Wednesday 1 March 2017

PANDUAN MEMILIH KIPAS SILING - PART 2

3, 4 atau 5 bilah kipas...yang mana bagus? Hatta pernah jumpa 1 bilah pun ada, even 8 bilah pun wujud tau! Tapi kipas yang 8 bilah dan ke atas ni wujud di tempat komersil atau tempat ibadat la.

Dari pembacaan didapati angin lebih terasa jika menggunakan kipas 3 bilah. Mengapa? Ada pelbagai pendapat seperti berikut:

berapa bilah mau? 10 boleh?
credit imej salam-monash.blogspot.com

1. motor kipas tidak perlu bekerja keras untuk memusing 3 bilah berbanding 4 atau 5.
2. ruangan antara bilah memberi impak atau kesan untuk 'memotong' angin supaya lebih laju angin dialirkan (3 bilah potong angin lebih laju dari 4 atau 5 bilah)

Pendapat di atas adalah dari segi teori dan pengalaman. Kalau nak diikutkan dari segi saintifik sebenarnya banyak faktor lain yang mempengaruhi kekuatan kesan angin kipas ni.

Ciri-ciri bilah
Size dan bilangan bilah memang berpengaruh. Kita ingat lagi besar bilah (panjang atau lebar) atau lagi banyak bilah, lagi banyak angin dihasilkan kan! Tapi...lagi banyak bilah menyebabkan lebih tinggi daya geseran dengan molekul udara. Daya geseran ini memperlahankan pergerakan dan mengurangkan aliran angin. Kalau nak lajukan aliran angin ni...semestinya motor yang lebih berkuasa diperlukan. Tapi kesannya adalah motor yang lebih berkuasa mungkin lebih tinggi watt dan lebih bising.

Selain itu, darjah kecondongan bilah juga penting. Terdapat julat darjah kecondongan ideal yang memberi kesan maksimum pengaliran udara kipas. Kurang atau lebih dari julat kecondongan tersebut maka kurang efisyen aliran angin atau menyebabkan kesan daya geseran yang lebih tinggi. Analoginya macam ni lah lebih kurang: kesan kecondongan dayung sampan di air... Kalau permukaan dayung sama darjah dengan air, tak bergerak laa sampan tuh. Kalau permukaan dayung 90 darjah dengan permukaan air, boleh bergerak tapi penat gila pendayung! Jadi..pendayung 'menyegetkan' dayung dalam julat darjah tertentu...sampan boleh bergerak laju, pendayung pun tak penat!

Saya tunjuk dayung, bukan nak tunjuk perempuan ni ya!
Kredit imej google.com

CFM, Watt dan Effisyensi
Ha...apa itu CFM? CFM adalah singkatan untuk Cubic Feet per Minute (isipadu kaki per minit). CFM mewakili kadar aliran angin per kaki padu. Standard CFM ni dalam lingkungan 4000 ke 5500 CFM.

## Lebih tinggi CFM, lebih terasa angin..lebih terasa sejuk laa##

Watt pulak! ni direct kepada kuasa motor kipas.

Yang terakhir, Effisyensi adalah merujuk kepada nilai CFM per Watt. Lagi tinggi CFM per Watt...lagi effisyen la kipas tu bekerja sebab aliran angin yang kuat dihasilkan atau dijanakan oleh kuasa motor yang rendah. Bila kuasa motor rendah (Watt rendah) tapi aliran angin kuat...tak banyak la duit kena bayar untul bil TNB...kan kan!

Saya tunjuk satu jadual CFM, Watt dan effisyensi kipas 3, 4 dan 5 bilah dari 1 jenama yang sama (KDK).

Masalah yang timbul bila melibatkan pengiraan matematik nih...tak semua pengeluar mempamerkan nilai CFM. KDK dan PANASONIC ada pamerkan CFM untuk kita semak...jenama lain hrmmm nak tak nak aje pamerkan. Ada pun jenama yang tak pamerkan nilai CFM ni lazimnya lebih memfokus kepada seni dan artistik kipas (kecantikan) berbanding fungsi kipas sebagai penyejuk ruang rumah.

#ShareAndSpread!
#DekoRenoDIY
Mr. K